Friday, July 11, 2008

Corat Coret

(memberi salam)

nak dekat 30 hari tak update. Gila bercuti blog aku.

KLIA

Setelah tak habis-habis mengeluh bosan dan malas mengemas baju serta risau pihak Singapore Airlines gagal menyediakan makanan halal di atas pesawat, akhirnya selamat juga aku sampai ke Malaysia.

Perkara pertama aku perhatikan bila tiba di KLIA ialah, fuyyooh, bapak lenggang dan kosongnya lapangan terbang terbaik no 1 dunia nie. Dekat electronic board yang banyak ialah jadual penerbangan pesawat-pesawat domestik sahaja, and then ada la a few international flights. Makes you wonder why other airlines company don't quite prefer to land in KLIA.
Airport Domodedovo Moscow yang hampeh tu pun macam darab 5 lagi sibuk daripada KLIA.

Oh, nasib lapangan terbang antarabangsa terbaik no 1 dunia.

HUJAN BATU

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hujan emas di negeri orang asalkan boleh makan makanan negeri sendiri di negeri orang.

Aku rasa la kan, pepatah di atas cuma diwujudkan oleh orang-orang Melayu dahulu kala yang merantau dan kaya raya hidup di negeri orang tapi kempunan dan teringin nak makan makanan macam roti canai, teh tarik, nasi lemak dan makanan-makanan high carbs lain yang cuma wujud di Malaysia. Kemudian setelah memuaskan nafsu culinary dah juga meninggikan glycemic index dalam darah sambil memasukkan rempah-ratus, santan, dan juga daun kesum atau serai ke dalam beg, maka pepatah itu kembali menjadi tidak relevan. Hujan emas di negeri orang juga yang dipilih.

Tapi pepatah itu kembali menjadi relevan bila stok daun serai/ikan bilis telah habis dan tiba saatnya bila pedagang ingin kembali ke Malaysia.

Dan konsep teori entah apa-apa aku ini tidak boleh diaplikasikan ke atas budak-budak yang study di Russia sebab tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang masih lagi intact sanitynya akan mengaku hujan emas turun di bumi Russia.

Oh, apa yang aku mengarut nie, sila buat2 paham sudah.

CERITA POLITICIAN MALAYSIA

Sila tinjau blog lama aku di friendster dan korang akan dapati aku sangat berminat untuk berdiskusi tentang politik. Oh, politik dan a few ramblings yang mengarut. Kalau ada masa yang paling hangat untuk berbincang tentang politik, sekarang adalah masanya. (?)

Sebelum pulang, aku ada tengok filem The Other Boleyn Girl yang dilakonkan oleh Natalie Portman dan Eric Bana. Filem ini mengisahkan tentang konflik keluarga diraja England masa zaman pemerintahan King Henry VIII. Easily one of the best drama I've ever watched. Gila gigit kuku sampai habis, sungguh dramatik, penuh konflik sampai buatkan aku terfikir mungkinkah pihak penerbit telah mengupah penulis skrip telenovela Amerika Latin untuk membuat skrip yang penuh drama itu. Lalu untuk memuaskan curiosity, aku pun berwikipedia. Terkejut juga bila aku dapati rupa-rupanya boleh dikatakan hampir keseluruhan cerita adalah kisah benar yang dirakamkan sejarah. Kalau ada alteration pun sikit sahaja untuk menaikkan elemen-elemen commercial.

Sebelum ini aku selalu terfikirkan kisah sejarah tak mungkin sedramatik dan semenarik itu. Kalau ada pun mungkin teori konspirasi yang mengarut, contohnya orang-orang yang mengaitkan pembunuhan Abraham Lincoln dengan makhluk asing dan sebagainya. Tapi aku silap, kisah sejarah politik boleh jadi dramatik, menarik dan benar tanpa ada manipulasi fakta.

Kisah politik Malaysia adalah antara contoh yang terbaik.


CARA UNTUK BERJIMAT CERMAT IALAH DENGAN TIDAK MEMBUAT KAD KEAHLIAN MANA-MANA BUSINESS ESTABLISHMENT

Di zaman kenaikan harga petrol, rakyat Malaysia disarankan untuk berjimat cermat. Sebagai rakyat Malaysia yang terkena tempias kesan ekonomi, aku pun macam ada la semangat nak berjimat cermat juga. Oleh sebab rumah aku agak dekat dengan sebuah shopping mall di JB, selalu jugalah aku berkunjung ke sana kalau dah habis-habis takde keje kat rumah. Selalunya aku makan-makan, beli barang sikit-sikit, dan kalau ada filem apa-apa aku tengok lah.

Anyway, I always make it a point to visit the MPH bookstore at the mall. Oleh sebab aku ada kad membership MPH, so kalau tak guna dan kutip mata ganjaran, rasa macam rugi plak. Selalunya aku akan melangkah masuk ke kedai itu dengan niat nak beli majalah dua tiga naskhah, ataupun alatulis dan sebagainya. Atas semangat berjimat cermat, aku tak nak lah beli buku-buku yang diimport dan agak mahal harganya, sebab buku-buku tebal yang aku beli last year pun banyak tak habis baca lagi.

Tapi memandangkan terdapat banyak promosi-promosi dan potongan diskaun ke atas ahli-ahli pemegang kad sahaja, rasa macam rugi plak kalau tak beli. Akhirnya aku beli gak buku-buku yang aku pun tak yakin dapat habiskan baca sebelum cuti summer kali ini tamat.

Jadi cara untuk berfikir dengan waras semasa membeli belah ialah dengan tidak mempunyai kad keahlian kedai tersebut supaya anda tidak membazir membeli buku tebal seperti kisah Nelson Mandela yang anda akan bosan bila membacanya dan in the end baca thriller Robert Ludlum jugak. Hoho.


AKAUN FLICKR

Aku ada la beli sebuah alat elektronik yang berfungsi untuk menangkap gambar. Tak mahal pun. Setelah mengetahui berita ini, maka beberapa orang rakan pun menggesa aku supaya mengupload gambar-gambar yang aku tangkap ke dalam flickr account aku.
Bukan aku taknak upload, namun gambar parents aku, adik-adik, makcik-pakcik aku, sepupu sepapat dan sebagainya bukannya gambar-gambar yang aku rasa appropriate untuk aku letakkan ke dalam flickr.

Jadi tunggulah, nanti bila bila aku tangkap gambar tapak kasut aku, tombol pintu rumah aku, kaler pensil adik aku, aku upload ke dalam flickr supaya korang dapat menatap gambar tapak kasut aku. Hoho.

Takpe, summer 2008 musim orang menamatkan status bujang yang betul2 dan bukannya setakat mengubah-ngubah status sesuka hati di laman frienster.com. By the end of it, insya Allah banyak lah gambar nanti.

Aku doakan rakan-rakan yang berkenaan selamat berumah tangga dan semoga ikatan yang dibina mendapat keberkatan Allah SWT.