Friday, April 3, 2009
Terkenang gunung yang sejuk
Whoa malam tadi aku pusing-pusing di Flickr pages orang lain dan terjumpa seorang mamat yang ada mengambil banyak gambar-gambar gunung batu diselaputi oleh salji. Entah kenapa aku tertarik sungguh dengan pemandangan-pemandangan macam nie. Ia terus membawa aku berjalan-jalan di anjung memori, terkenangkan eurotrip baru-baru nie yang banyak juga aku tangkap gambar macam nie.
Terus rindu la pulak. Rindu dengan orang-orang tertentu yang aku kenal di sana. Rindu dengan kebaikan masyarakat di situ. Rindu dengan udara bersih dan nyaman. Dengan hidup yang tak payah nak fikir what to do next week, what needs to be done this weekend. (oh part nak bayar bill hotel tu aku tak berapa nak rindu sangat la. hoho)
Melihat pemandangan macam tu, hati rasa sungguh syahdu dan damai. Walaupun tengok gambar pun dah boleh membawa kepada efek yang macam tu.
Rasa terkenang balik perasaan waktu pertama kali benda-benda tu semua berada di depan mata. Ahhh, damai dan nyaman sungguh sampai aku terasa macam nak jadi model iklan gula-gula Hacks.
Hilang semua tekanan dan stress.
Terus aku berazam untuk menjejak tempat-tempat yang ada pemandangan begitu. Selain Swiss Alps, rasanya di Mont Blanc France yang paling aku tau setakat ini, di New Zealand ada juga rasanya. Ada siapa-siapa tau kalau di Russia ada pemandangan macam nie lagi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
varovyovi gory? hehe
Post a Comment